Showing posts with label class. Show all posts
Showing posts with label class. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Mari buat chocs bersama Nowwa Chocs! ;)

STICKY MODE OK? PLS SCROLL DOWN FOR LATEST UPDATES.. Thanks!


Siapa ada add Ayu kat FB?? Angkat keyboard cepat!!!!!! hahaha...
Bukan apa, kalau korang add Ayu kat FB, makanya korang tau la apa yang Ayu attend last Saturday... but it's ok.. I will still update it and share with korang now! :P

Actually, Ayu & Adik Lelaku telah mendaftar untuk belajar teknik membuat chocolate from Nowwa Chocs.
Bermula dengan ajakan adik lelaku yang sangap duduk kat rumah berpantang, Ayu laju je setuju but dengan syarat... Adik Lela kena survey class yang reasonable and menguntungkan...
gitu.
(kasi worth the money lah kaaannn...)

Punya lah survey merata.. rupa2 nya kakak senior we all kat UIA dulu ada buat class daaa.. and harga berbaloi baloi...pula tu, dapat siap peralatan buat chocolate.. heemm..adik explain lebih kurang..pilih tarikh.. we all terus ON! :)



Makanya... di pagi Sabtu yang sejuk.. tatkala semua orang tengah sedap tarik balik selimut melingkar atas katil..
ayu & lela dah pun selamat bersiap2 menuju puncak! eh silap.. menuju ke Kajang untuk belajar buat chocolate..

nama cikgu adalah Nora..
nama commercial sejak bukak business Nowwa. ;)
comey.

nak belajar dengan kak nora ni pun satu cabaran jugak.
sebabnya, akak ni merupakan salah sorang daripada akak yang gila-gila zaman kami kat UIA dulu.
ayu & lela je mulut dah bising.. imagine la nak belajar dengan kak nora pulak kan?
sekali bila dah bertentang mata, kak nora pun mengaku nervous terlebih nak mengajar we all.. takut jadi lain. hahahaha...
focus focus...

korang nak tengok tak macam mana ayu & lela belajar?
moh...

basically, Nowwa Chocs offers tiga jenis package kalau nak belajar.. Package A, B and C. Package A & B kena merafak sembah belajar kat rumah cikgu..macam yang we all buat.. tapi, maximum dua orang je dalam satu class, and package C pulak, cikgu yang merafak sembah datang rumah kita. ;)
details pasal package ni, kita cerita jap lagi ek? ayu nak share cerita ayu dalam class dulu.

nampak gambar atas tu?
tu haaa.. nota ok. sampai2 je.. cikgu dah hulur apron. dapat la jugak merasa feeling2 dalam kelas Kemahiran Hidup Sains Rumahtangga gitu, kan? ;)
lepas dah pakai apron, sila duduk dendiam.. sebab Cikgu Nora nak start bagi lecture..


nampak punya tekun muka adik lelaku itu?

harus tekun ok. sebab dah tahap jakun. mana tak nya.. selama ni tau beli, and makan je chocs kan? macam ayu lagi la.. main beeellliiii je bagi kat orang. sebab saya personally, bukanlah penggemar chocs. but i like to buy and bagi kat orang. :)

masa ni lah Kak Nora ajar inti pati segala pasal chocs. ternganga la jakum mendengar pasal couverture chocs la.. dark chocs la.. white chocs la...
memacam la.. memang la bunyi semua macam pernah dengar.. but tahukah anda mana yang ada lemak banyak dari koko???
haaa.. jeng jeng jengg.. nak tau? pergi la class...mana aci main tanya2.. :P
hahahaha....

lepas dah selesai nota pengenalan SIAPA chocs tu..

kak nora tunjuk pulak all the tools..

tetiba masa ni datang gigil.. yelah.. kepala dah berpinar pikir.. kalau tak jadi macam mana? kalau ni macam mana? kalau tu, macam mana?

but tu lah.. kak nora by nature memang entertainer pun.. jadinya semua resah gelisah tu hilang entah mana pergi entah. ;)

nampak tu?

korang ingat kat uni je lecturer mengajar gitu?
hahahaa...
(matilah aku kena tang ni kang ngan kak nora)

dah selesai teori.. terus mula praktikal. teori tu pun tak sampai pun setengah jam..kejap je..

dia tak de main tunjuk2 ye.. semuanya buat sendiri.. cikgu jadi guide and tukang mengajar je...

maka bermulalah tangan kami and jugak dahi yang berpeluh peluh mula di ajar dengan penuh detail and sangat teliti dari mula menimbang the raw couverture and compound chocs, tempering sampai lah kami naik temper. hahaha..
no lah...

sampai cair cun likat melikat leh letak lam piping bag macam gitu ha...
:P

lepas dah molek dalam piping bag, siap la pulak cikgu bawak keluar mold untuk kami mengchocolatekan diri...
;)

nampak adik tu??? dia ada lagi satu kena buat..jadi sempat la ayu snap. ayu dah siap waktu ni. hehehe...

untuk 1st half, kami belajar buat choc yang biasa ni.. yang inti kacang.. siap la kacang pun ada disediakan.
sambil2 kami berdua gigih mengchocolatekan diri, sambil2 tu jugak kak nora tanpa henti bercerita itu ini...begitu begini tentang supplies chocs lah, tentang tips macam mana nak bagi chocs tahan lama lah, tentang kenapa certain2 chocs ni mahal manja segala... and macam2 lagi lagi lah!

kagum 2 saat dengan knowledge yang kak nora ada masa ni. uhuhhu...

settle inti kacang..kita layan buat filling pulak.. and after that, kami adalah break untuk jamuan ringan.


yes, jamuan ringan disediakan. bukan kerana kami junior dia kat UIA tetapi kerana, it is inclusive of the package price. ;)

selesai makan... sila basuh tangan baik2 and lap kering2..
kalau choc dah siap.. cuaca panas tu lawan and air tu kawan kan?
but kalau dalam process, panas tu kawan and air itu lawan ye...
terbalik kot. :P

nampak tu?

deretan kaler maler yang kami kerjakan dengan penuh kerelaan oleh cikgu kami. hahaha...
1st half tu rasa macam lega la jugak.. sebabnya, tak comot langsung.. masa memula tu memang dah feeling2 comot dah belajar buat chocs ni..

sekali ko.. macam sumpahan. rupanya ada jugak nak kena main kaler maler ni...hiks.

but masa main kaler2 ni memang fun lah..

masa kak nora bawak keluar berus kecik sintetik dalam hati dah berkata. hamboi.. belajar makeup pun layan berus.. belajar buat chocs pun layan berus gak? hahaha...

tapi memang.. ayu suka cara kak nora. lebih hygiene la guna brush ni..tiada penggunaan tangan sesuka hati ye... no no.. i like!!

masa buat ni. sakit nya belakannngggg..... ya rabbbiii sabar ye kak nora ngambik order segala kaaaannn.. huuhuhuh..
si adikku lela siap dah skeptical nak buat ke tidak kat rumah chocs tu kang. ahahhaa. lawak lawak...

and sedang kami leka bermain warna.. cikgu nora bawak kuar product pertama kami tadi...EXCITED okeh!!!

taarraaaa!! comey dok??
;)

seriusly masa ni rasa vannggaaa okeh.. rasa macam bangga satu macam.. :P
then, we continue to do the rest of the techniques yang cikgu ajar... and letak dalam fridge.

sementara tunggu semua choc keras, kami pun break la solat segala...
dan akhirnya.. nak tengok hasil kaler mengaler kami??

ttaaaddddaaaa!!!!!
yang ni choc oreo!

rasanya sedap ok... ni memang favvy ayu lah. serius.
favvy segala segi ye.. favvy dari membuatnya sampai la tahap memakannya...
terbaaaaikk wwookkk!!!! suka!


dan itu merupakan hasil yang paling saya sayang.. SUNFLOWER bebeh!!!!!!!!!!
kak nora & adik naik pening melayan ayu memuji lambung2 kecantikan sunflower itu. hahahha....
(dengki tau derang...)

all in all..saya amatlah seronok dah berpuas hati dengan class ni. korang nak join tak????
ok lah.. kesian kat korang kan.. meh la sini ayu cerita..
:P

kan ayu cakap dia ada tiga package kan??
meh nak bagi details..



Package A
price: RM250

apa yang korang dapat?
dapat ilmu...
dapat tips meletupsss...
dapat belajar buat chocs...
dapat jamuan ringan..
dapat notes yang sangat straight forward and mudah faham..
dapat chocolate yang telah kita buat tu...
and...
dapat segala peralatan membuat chocolate ok!
when i say segala.. it means segala.. memang tinggal pergi beli chocolate and buat je ok. mold piping bag segala memang dapat..

berbaloi baloi... :P




Package B
RM180

korang dapat semua yang tertera di atas KECUALI the tools.
maknanya just dapat ilmu,
dapat choc buatan sendiri...
dapat jamuan ringan...
EDITED: also dapat free mold...
(ampun cikgu..)

jadinya, baik up sikit macam kami and dapat segalanya...




Package C

mana2 package A atau B dengan penambahan RM50 on each package but..
cikgu adalah datang rumah anda...
:)

gitu.
but, jamuan ringan tuan rumah la yang kena sediakan....


marilah mari...
more details.. korang boleh la jenguk menjenguk ke blog Nowwa Chocs by clicking HERE..
kat sana semua details class and also the business kalau korang nak order ke... semua ada kat situ..

and, marilah jugak.. dapat the latest info and updates from Nowwa Chocs FB page..meh la join by clicking HERE...

secara keseluruhannya... ayu & lela memang puas hati.. tq so much kak nora for everything..

Nowwa Chocs RRAAWWWKK!!!!
;)

Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, June 24, 2009

The Exclusive Intensive Makeup Class by Red Glow!!!!

THIS IS A STICKY MODE ENTRY
please scroll down for updates, tq.


its been 3 weeks dah sebenarnya, mak hangkat a.k.a RedMummy announce kat email jemaah GBM about this.
about what?

about RedGlow, would like to have us (the GBMs), in their class!!!!!!!

we was like..
shocked and excited and macam2 feelings lagi lah..
the 1st question yang terkeluar is..
"kak!!! camner ni semua leh jadi nih?"
of course kak red tak reveal kat kami the details.. but, apa yang pasti.. dia la yang deal benda ni dengan team Red Glow.

ya allah haaii.. macam mana la kami nak balas budi Kak Red ni kan?
memang la kami semua ada plan nak join the class.. but, not in the mean time yet. sekarang nih, macam2 agenda dah ada in hands..
kami agak full laa...
but bagaikan bulan jatuh keriba bila rupanya dalam diam,Kak Red dah atur segalanya dengan Red Glow.

back then of course, kami hanya berdebar tunggu date je from team Red Glow. but in between memang jenuh la Mak Hangkat melayan anak2 hangkatnya dengan berjuta soalan2 yang pelik and tak pelik.
orang excited kan.. macam tu lah...
hahahahhahaa...




so anyways, one of the syarat is.. "Sila bare kan muka pagi tu. NOTHING."
ha koo.. habis semua susuk sila kasi keluar yer... hiks..
tu la dia muka ayu yang hanya seriusly bare.
masa sampai kat depan RM & GBM kan.. boleh semua buat tak kenal..
(eh! ker.. ayu yang tak kenal derang ek? muahahahahhaaa)

no lah.. masih boleh dikenali lagik. :)



class intensif kami bermula jam 10am. ni la dia nya tempat di mana kami, the GBMs akan menimba ilmu secara ekslusif..
kat mana nih?
kalau korang pegi kat link class redGlow ni kan,ada kat tepi right handside tu hah ada tertera alamat RedGlow ni...
but meh la nak gatal tepek gak..

alamatnya ade dua tau...
yang kami pegi ni yang kat Shah Alam..
No74A jalan Rugbi 13/30
Seksyen 13 Shah Alam.
Tel:0355116899


kalau nak g yang kat ganu pun buleh..
Lot 6643
Jalan Batu 48
23000 Dungun Terengganu
Tel:098483366


yang shah alam tu actually the pejabat urusan and yang alamat dungun is the Butik, Spa & Akademi.
but, derang buat class kat kedua2 lokasi. jadinya.. kalau setakat korang kat KL ker.. kat Sabak Bernam ker..
apalah sangat Shah Alam tu kan??? dekat jer... highway melambak dah wei sekarang... :)




ok, mari kita mulakan yer adik2 akak2 makcik2 sekalian...(echeh wah!)
class ni, di mulakan dengan light introduction by Cikgu Ina.
lepas tu, di take over oleh Cikgu Najwa menerangkan pasal function basic brushes. ada jugak la boleh sampuk2 kalau nak bertanya. dia ade jugak bagi few tips pasal certain brushes sekian sekian sekian...
apa yang sekian sekian itu?
nak tau???
serius korang nak tau?
sila pergi daftar ke kelas Red Glow yer..


jangan marah yer...
tak berani la nak reveal.. kang salah info kang.. ade lak yang guna bulu brushes entah apa2 kang...
i beginner ok..
jom moh belajar ngan professional, gitu. :)
ayu nak g lagi tau.. nak belajar sampai pandai...siapa nak g sekali? angkat tangan cepat!!!!! :)




lepas nak intro segala, tibalah masanya untuk semua bukak mata, bukak telinga and take note.
sebagai mak hangkat yang baik, obviously by default Kak Red jadi model untuk our special class kali nih.

dengan penuh detail, Cikgu Ina and Cikgu Najwa mengajar kami step by step nak menata rias muka..
teknik yang ditunjukkan kali ni is the 'Dolly look'.



kan muka bare kaaann...
senang cerita.. muka bukan bare bangun tido peta penuh tu yer.. muka bare di sini refers to muka yang bersih dicuci and also siap la bertoner bermoisturiser..
kira basic sudah settle, gitu.
jadi lepas mak hangkat dah di lawa jangok kan, sampai la masanya untuk kami buat praktikal..
kelas Red Glow.. 100% praktikal! itu lah yang bbesst.. barulah boleh belajar... kan?


ok pas dah selesai basic muka kan, kalau biasa2... kompem korang terus tepek segala foundation ke apa kan?
oh no no no...
pertama sekali, kena apply face base dulu.. ada la kedua2 cikgu bagitau apa brand brand yang ada di pasaran and apa yang derang galakkan or in other word, recommend.
pulak tu, students (ehem ehem) boleh dapat kan discount and beli dengan harga student through Red Glow. Geeereeekk kan? kan? kan?


lepas apply base, baru lah amik foundation. foundation dalam dunia ni, ada berapa jenis?
korang tau?
ayu tau... sebab Cikgu Najwa aajjaarrr... (sambil buat muka eksyen...)
hiks..
yelah, dulu, ayu pun tak tau main taram jer..
but that day, Cikgu Najwa and Cikgu Ina share apa kaler yang sesuai untuk kulit kami sorang sorang.
yes, they go that detailed.
it's worth the price la kiranya kalau bayar masuk kelas nih.
cikgu2 tak lokek ilmu... sehabis boleh derang share rahsia semua...


korang tau tak, kalau korang apply the correct foundation mengikut kulit korang, then,apa jer jenis loose powder korang leh guna. mo man tai.. muka tetap meletops!
so, adalah penting untuk korang tau apa jenis kaler mak nenek segala foundation yang sesuai dengan kulit korang yer.
jangan nak memandai pulak...
kang nampak orang tu macam cantik guna code sekian2, kita pun beeelliii...
sekali pakai! ha! ko!
emm. lets not go there.. :)


habis foundation, cikgu2 ajar buat shading.
and ada masalah hidung kemek?
hidung kembang?
not a problem now bebeh! go learn with Red Glow.. peerrgghhh terus hidung mancung.. ala lempar hanger pun leh tersangkut, gitu.
hiks..
tapi serius best belajar buat shading nih.. memula memang la kekok.. but the guidance given from team Red Glow sangat membantu.



eh jap iklan..
kalau agak2 korang terasa macam ayat2 ayu macam budak jakun kan.. sila bare with it yer.. ini adalah perasaan sebenar saya sebagai 1st timers menghadiri kelas sebegini, sekian.




lepas settle shading, baru tepek loose powder...
gila syok layan loose powder..
teknik memutar brush yer.. kedalam and membulat..
uuii.. laaaayyaaannn...

lepas dah settle tu, baru la pegang mata...
start dengan highlight..
highlight sila lah guna warna light2.. but again, depends on the occasion.. kalau daily.. light2 sudah..
yang penting untuk beginner.. sila gunakan applicator yer.. kang main tenyeh ngan jari kang jadi lain laks..
but pastu, kalau nak dap dap ker.. nak adjust kot tak balance ke, ngan jari.. ok, boleh.. :)
pastu, apply eye shadow base. (part ni gila bangga! sebab ayu adalah dah beli.. :P muahahahahhaha...)
lepas settle apply eye shadow base, kita start off dengan eye shadow. but yang base. eye shadow yang base ni, sila lah guna warna yang light2 gak and di apply di bahagian tengah mata yer..
mana gamba? sorry morry...ai busy makeup.. gamba tak penting.. ilmu lagi penting.. hiks..



settle yang base, moh apply eye liner..
gila kentang! inilah pertama kali seumur hidup apply eyeliner tebal2.. terbaik la!!!
tak pernah sangka leh sampai tahap nih..
kalau tak dek peluang yang GBM dapat nih.. haih.. tak tahu la nak cakap..


lepas dah settle eyeliner, Cikgu Najwa capaikan pallette from PAC.. hamik kaler hitam and sapu atas eyeliner and kelopak bahagian bawah.
uii... perasan feeling feeling arab kejap yer.. muakakakakka...
pastu, agak2 la buat blending dengan kaler base tadi.. settle?
agak2 dah cun?
sila amik white khol.. and pastu apply lak eyeliner black tadi kat bawah mata lak yer.. jangan lupa sambungkan kat hujung tu dengan yang atas.
perrgghh, auto mata besar.. nak ngaku nih.. but shy.. ccaaannntttiiikkkk....... hiks..


pastu, pilih warna apa kenan letak kat bahagian bebola mata..
but like my case, i took back the base i used which is pink..Cikgu Ina kata ok jer.. dia tunjuk blending dap dap skets..
mala from team Red Glow pun tolong ajar camner dap blend segala..
sekali aik! ala purple lak jadi...
ai llaaiikeee!!!!
rasa nak lompat2 jer kat situ.. hehehe..


and pastu, pakai mascara!!!
ya allah.. GBM & RM je lah yang tau my no one fear ini..
entah apa penyakit entah.. suka makeup but takot ngan mascara..
but alhamdulillah.. berkat kesabaran Mala from team Red Glow, i did it bebeh!!!
gila syok...
and isnin g keje.. i makeup siap mascara.. eii... bestnya!!!!!!!
even bulu mata berawning ala bulu mata lembu like mine ni pun.. uii.. merata melentik!!!!
SERONOK!


settle?
sapu settle yang loose powder bawah mata yang letak untuk nak bagi protection eyeshadow ke apa drop tu..
pastu, layan touchup dengan pigment kat hujung mata..
and pastu baru la apply blusher..
also my fear.. i actually applied PINK blusher ok!
saya adalah golongan berkulit gelap and berjat tunjuk ajar team Red Glow, dengan teknik yang betul.. pink osso can for dark coloured skin person like me...
:)


last sekali.. kita pakai lippy..
and nak tengok tak my transformation????



TTAAAARRAAAA!!!!!!!




what? tak cantik? simple sangat?
well people.. RedGlow membebaskan pada students nak buat muka macam mana yer..
ayu nak yang simple..
so, simple it is.. yang penting, I LOVES IT SO MUCH!!!!!


perihal class Red Glow.. untuk session macam yang kami attend ni, students akan di beri set basic brushes yer..
best kan?




actually.. session macam kami ni is a one day session, but kami kan hadir intensive course, gitu.. so, half day ajer..
jadinya, kalau yang one day session tu.. korang stay situ the whole day siap makan tengah hari minum petang segala..
jugak break for solat and selain dapat set brushes tu, korang leh belajar makeup untuk pengantin as well!!!!
best kan?
more details? sila click sini.







ini dia..
tiga insan yang ayu & GBM tak tau nak balas macam mana budi memberikan kami peluang yang amat bernilai ni...

to Cikgu Ina, Cikgu Najwa and Kak Red,
TQ so much.
hanya Allah yang dapat budi baik jasa kalian.
may Allah perluaskan lagi rezeki u all.. ammmiinnn....




taraaa!!! wajah2 kami berenam.. :)
jeles tak?
wat pe nak jeles? buat penat je jeles..
tak yah susah2.. jom kita g Kelas Red Glow meh..




ha tu! sempat lagi ni korang!!! july banyak lagi opening tu!!!
jom jom!!!
eh! lupa lak nak bagitau..
untuk a day session yang macam2 korang dapat ni kan.. its only RM 250!!!!!


tak pecaya??
meh ayu tepek info directly from their official blog ni..



Kursus BENGKEL MEKAP:
Menawarkan kursus satu hari untuk MEKAP PERIBADI DAN MENGANDAM SECARA ASAS.

Satu sesi hanya terbuka kepada 10-15 orang sahaja.
Mekap disediakan.
Makan tengah hari dan minum petang disediakan.
Tip-tip rahsia untuk mengandam dan menjimatkan kos.
YURAN RM250 seorang.

Setiap peserta DIGALAKKAN MEMBAWA MEKAP PERIBADI.

PESERTA AKAN MENDAPAT:
1-SET BERUS ASAS
2-SPAN
3-SIJIL

Kelas dari 9pagi - 4 petang.

SILA SMS NAJWA 0123588999 UNTUK PENYERTAAN.

Syarat2 penyertaan:
1- Mesti membuat pembayaran deposit separuh dari keseluruhan yuran.
2-Membuat pengesahan pembayaran dgn cik NAJWA.



so, tunggu apa lagik.. sila sms Cikgu Najwa ai dengan segera yer...
(wah! dan dan cikgu Najwa aii.. hiks..)

will ayu be joining the class? as a paid student?
YES! i will...
tunggu dan lihat ye people...

tak merugikan langsung..
derang tak kedekut ilmu..
tanya la seribu soalan pun... mind you yer... derang nih adalah professional... jadinya.. they know all the tips and tricks..
rugi BESAR kalau korang tak join kelas nih.
it's not terhad to only Mak Andam je yer..
its for ALL!!!
terbuka untuk semua...
so apa tunggu lagi??


hit here..
and text Cikgu Najwa@ 012 3588 999.


I AM OFFICIALLY A PROUD STUDENT OF RED GLOW..
sila makan hati.. hiks!



Blurbings By,







Saturday, August 23, 2008

Program Menghafaz Al-Quran - kaedah Jibril

kita kan.. setiap weekend kalau boleh memang prefer penuh dari melahu tak buat apa.. so, hari senin jer dah tanya mom.. "weekend ni ada apa?".. "weekend ni, ada kenduri tak?"... and etc..
hehehehe...

so, aunt1 yang memang dah paham sangat pengai anak sedara dia yang sorang ni, telah mengregister kan kita & mom to this Mengahafaz Al-Quran Program...

ustazah yang menganjurkan program ni, is my ustazah yang kita dok belaja sanat al-quran dengan dia every tuesday nights tu.



was held kat KualaKubuBaru... jauh gak eh? alaaa... atas pada Rawang... atas pada AntaraGapi and dekat ngan Fraser'sHill...

ustazahHalimah ni rupanya memang setiap tahun akan cuba menganjurkan apa2 aktiviti sebegini rupa dengan penuh harapan, jika ada keberkatan dan kebajikannya, mintak di sampaikan pada Allahyarham suaminya...
alhamdulillah... insyaAllah, ada ustazah... amin...



program ni, ada bayaran RM85 seorang. siap dengan bus pergi dan balik, bekal dalam bas, breakfast, lunch & tea.



as early as 7am, kami dua beranak dah terpacak tunggu bas yang bakal membawa we all ke RumahRehat, KualaKubu.
tepat jam 7:30am, bas pun sampai... susun sume warga2 emas bling bling elok2.. naik la kita & cousin kita...
my aunt1 tak ikut.. yelah, dia kan x sihat sangat... kesian pulak kat dia kan...


perjalanan tu makan masa gak... yelah, selalu mai Serendah, kita drive sendiri... ni naik bus mmg rasa jauh lah..
kita mmg cam ni tau.. kena drive.. kalau tak pegang stering tu rasa jauh nya la hai...



mom dh dub dab dub dab bila dh dekat nak sampai.. dia takut kalau kena soal jawab... kita kata kat mom.. kalau kena pun,. cakap je tak tau... tugas ustadz tu lah ngajor, kan?
sebenarnya, kita pun gelabah gaks... hiks!


bila sampai, breakfast and meja pendaftaran sedang menunggu. mom & cousinY gigih carik toilet and tempat duduk. kita lak terus laju2 g daftar kan for the 3 of us...

bilik tu.. ya allah punyerlah sejuk.. tapi, kerana intipati program ni, x sedar apa..
all of us are all wide awake from the very beginning till the end... alhamdulillah...


mula2 dia mulakan dengan bercerita mengenai biodata Al-Quran. Subhanallah! betul kata ustadz tu.. apa kata, kalau kita semua anggap yang setiap surah itu ada 'surat cinta' dari Allah kepada kita, mesti kita akan lebih menyayangi AlQuran kan..
ini tidak, kita hanya pandang Al-Quran pada bulan Ramadhan, kematian, kesusahan and dalam segala keadaan yang negative sahaja.. sedangkan.. AlQuran ini lah yang akan menjadi peneman kita di dalam sana nanti... dia lah yang akan menyuluh kegelapan 'dalam' tu nanti...

ustadz ni mempunyai impian, "SATU RUMAH, SATU HAFIZ". oleh kerana itu, dia telah mengkaji sebaik method bagaimana orang umum (bukan tahfiz, pekerja biasa mcm kita semua.. yang keje opish 8-5 nih) boleh menghafaz Al-Quran.
dia siap ada sediakan working paper and also the time table.
bila dh go tru sume module, ternyata.. insyaAllah, ianya boleh di lakukan.. InsyaAllah...


dia sarankan we all semua hanya menghafaz 3 baris sahaja sehari... dan insyaAllah, dalam masa 6 bulan, boleh dapat hafaz 10 surah pilihan...amin...insyaAllah..



alhamdulillah... buat masa ni, hampir separuh surah Sejadah kita takluki... doakan kita ye kengkawan.... bukan senang nak kuatkan mental & fizikal.. untuk membentuk diri...
tapi kita yakin, semua orang boleh...
its just a matter of time...
its just a matter of guts...
its all in your mind..
if you think you can, YOU CAN!

AyU's CoPyRiGhT ©

Tuesday, July 8, 2008

Kelas ngaji


Today,is actually my last day attending Data Quality Awareness course @ bangi.
Unlike yesterday,right after course,i rushed back to office to do work. I was actually not that keen in attending the course.but,my name was already nominated and certain charges has been charged to my cost centre.
But today,due to my quran class,i couldn't go back to office.
Alhamdulillah,through out this miserable two days, the wordings of quran really ease me off. Subhanallah!
Now that the month of Rejab is here, i am planning to do certain quota of fasting & quran recitation.
I hope i could do it wit mom like previous years. May Allah provide me & mom the best of health in order for us to fulfill our target. Insyaallah, Amin.

Tuesday, January 22, 2008

sanat al quran


sekarang ni dh naik another stage of the lesson. so, sumenya serius sikit.
remember makcikH?
dia dh duduk depan skrng...
dia dh jadi pelajar yg bagus..
dia dh tak tido lam class lagik...
:)
class dh makin susah...
tapi mencabar...

Thursday, December 13, 2007

every tuesday...

every tues, i accompany mom to Al-Quran Sanat class and MasjidBulat, 14.
I love the class so much.
Not only I got to spend time with mom, but it refreshes my memory on all the tajwids, makhraj, and etc...
I didn't sit next to mom though..let her minggle wit her friends lah.. I sit next to MakcikH...

MakcikH is a very nice motherly person...

But... she loves to sleep in class...

Forgive me MakcikH..he3...