Friday, September 16, 2011

Hari Malaysia



Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia.[2] Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]


Sumber: Wikipedia


Blurbings By,




BannerFans.com

2 comments:

rasp said...

best! bertambah cuti2 kita kan hehehehe entri kita sropa sis...

Proud to be Malaysian....

Amiha Ayu said...

tu la pasal sis.. ;)