Sunday, February 28, 2010

Matching pair...

 

Shopping or as simple as window shopping boleh mengurangkan stress. siapa setuju???

Ayu amat setuju… tengok je benda2 yang cantik and just berangan memiliki nya je pun dah cukup buat rasa puas hati. and bila nampak ada perempuan lain yang dapat or mampu memilikinya.. we will just be so proud of that women. bukannya kenal pun. but, that's just it lah.

nampak bag & kasut tu? design nya memang sengaja direka untuk dipakai sekali matching matching gitu.

owh! saya tak boleh kot. lainlah kalau saya pakaikan to lilD. that’s different. but i know ramai yang kat luar sana amalkan concept sedondon matching gini.

yes, ayu akui..ayu suka tengok orang pakai matching2 macam ni.. but untuk diri sendiri, keyakinan diri tu belum ada.

saya lebih suka sesuatu yang simple and boleh mix & match. macam dalam case ni, kalau beli bag tu sahaja, i am very sure ianya boleh match dengan kasut2 lain yang ada banyak merata. but kalau beli that shoes.. kena tengok what type of person you are. kalau you jenis yang semua baju you plain.. maybe boleh kot.. because, i couldn't describe someone yang pakai baju jalur2 with lots of colours wearing that shoes. i don't know. its just not me.

ha.. yang simple2 sini is definitely my type.

the shoes yang orang tengok pun, rasa macam design lama padahal baru je keluar from kedai. gitu.

saya sukakan sesuatu yang tidak outstanding. biar diri sendiri je yang feeling2 tau berapa harganya…apa qualitynya.. gitu.

korang pulak? macam mana?


Blurbings By,




BannerFans.com

Maxwell Restaurant, Ipoh

 
Dalam perjalanan pulang kami ke KL, dia punya traffic adalah masih kena consider as bad but of course jauh lebih better dari waktu kami ke utara...
(ampun maaf.. ni entry terakhir utara trip kali ni)
 
so anyways, ayu & family singgah dulu ke rumah our favourite CikPiah kat Ipoh. Sebab utama nak singgah tumpang solat and also to stretch up sikit.
lenguh laaaa…

Selesai solat segala, CikPiah & her husband bersiap. kami semua macam stunned kejap.. mana la pulak derang nak pergi ni.

rupanya, derang dah siap call Maxwell Restaurant order our late lunch siap sekali harung buat booking. (masa ni dah tercengang dah dengan CikPiah’s husband. selamba call. ada share kah? hahaha)

Maxwell Restaurant nampak macam restaurant lama2 yang sekarang ni ala menjual nasi lauk campur..

but, NOT ye.

Lokasinya betul2 opposite Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan.

Uncle terlebih dahulu kan dah call orang restaurant ni kan?

jadinya, masa kami sekeluarga sampai, memang dah tersedia dah meja panjang ni untuk kami.

Uncle orderred Ikan Kerapu masak tiga rasa, Tomyam seafood, telur bungkus, kailan belacan, ayam goreng kunyit and udang goreng tepung.

sedap sedap ok… pedas dia sehingga berpeluh hidung, gitu. da bomb! even bothDs suka sangat food kat sini.. berpeluh2 lilD menghirup tom yam.. (sambil cerita ni pun, terasa kecur ok..)

nak tau total berapa? RM121 untuk 8 ornag makan.. reasonable sangat2 kan? i think sangat reasonalbe sebab kami semua kebetulan order fruit juices. sedaaaappp….

untuk sesiapa yang tak tau nak makan kat mana if korang sampai Ipoh ni…. jemput la sila makan kat maxwell restaurant ni.

sedap & harga reasonable.


Blurbings By,




BannerFans.com

Saturday, February 27, 2010

Junjungan besar kita, Muhammad SAW

Note: this entry should be published yesterday. Sorry for the inconvenience caused.

hari ni (please refer to 26th Feb 2010) bersamaan dengan 16 Rabiulawal, merupakan hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Insan yang amat menyayangi kita semua sebagai umat nya… Nabi akhir zaman yang mempunyai aqidah dan akhlak yang paling mulia.

dengan bangganya, ayu nak share dengan korang my all time favourite song. Rasullah.

korang pernah tak dengar lagu tu? lagu nasyid lama actually.. but dinyanyikan semula oleh Hijjaz. it’s my favourite song. dari dulu sampai sekarang… ayu suka sangat dengar lagu tu.. and ayu akui yang i even have the mp3 saved in my mobile. tak kira dah berapa kali ayu tukar hp pun, lagu tu, tetap wajib kena ada dalam my memory card.

bukan apa, sebagai manusia biasa, kita semua tak terlepas dari melakukan perkara2 yang tak sepatutnya kita lakukan. lagu tu, dapat bagi ayu ketenangan and also peringatan dan yang paling penting keinsafan.

lirik lagu tu, ada janji kita sebagai umat untuk cuba mengamalkan sunnah Nabi Muhammad… but ramai dari kita, even myself masih terlalu leka. :(

bukan niat nak menjadi ustazah atau berlagak pandai… cuma ingin membetulkan diri.

semoga cuti Maulidur-rasul ini, kita semua sebagai umat Muhammad SAW banyakkan berselawat keatas junjungan besar kita.


Blurbings By,




BannerFans.com

Entah ke mana pergi hilangnya…

Photo0829

Salam bercuti hujung minggu korang!!!!

Ya rabbi.. boleh basi sebasi nya blog ni tak bergerak apa pun ek? padahal ada je entry yang yang ayu dah auto kan.. mana kedaung la menghilangnya agaknya ek?

its ok… ayu akan repair kejap.. i think sebab tangan ku yang gatl ni godek mengodek dua tiga hari lepas few codings..huhuhu… konon la kan.. koooonnnooonnn…

sekali haaamikk!

kedebbuush! sume tak keluar…

ok la.. saya nak teruskan usaha mengrepair.. lagipun, baru dapat title miss hardware… so now nak layan rebut tittle miss software pulak. :)

Thursday, February 25, 2010

Dua pokok...eh! silap.. dua pokokS.. (sbb lebih dari satu) ahhahaha...

pokok ceri

ayu seriusly barulah pertama kali tau ni pokok ceri. nampak selalu dah. melambak2 ada kat belakang rumah.
but, yang dalam gambar ni, is the one yang ada kat belakang nasi lemak Matton (or also known as nasi lemak Petronas) kat Kamunting.

kenapa tiba2 nak cerita pasal pokok ceri ni? apakah yang pelik?
namanya kah.. daunnnya kah? atau si penulis blog ini?
(motip kaitkan diri dengan pokok ceri?)

nak cerita pasal daun pokok ceri tu hah...
sekiranya korang pernah or kenal sesapa yang menghidap penyakit kencing manis yang kronik, sila lah sudi mengambil daun ceri ni, basuh bersih2 and rebus. kemudian, bagi la si pesakit tadi minum airnya... buat macam minum air harian.

BUT!
ada but ye...
hanya untuk yang kronik. maknanya yang memang terlalu tinggi gulanya..siap dah hampir nak kena potong ke .. atau sampai dah luka tak baik2 ke... memang cepat la turun kencing manisnya...
insyaAllah.
nak minum tu, buat yang Islam, selawat la sikit.. doa sikit. sendiri buat lah. tak payah nak jemput ustad ke siapa datang rumah. ;)

but kata si pemberi tips ni, kalau yang agak tinggi tahap kencing manis pun, boleh gak nak minum.. TETAPI, kena makan benda yang manis. sebab akibatnya gula dalam darah akan turun drastik.. kang pengsan kan.
(jangan kata ayu tak warn yeeee)


pokok keladi

ok ni tak de apa2 tips..
just nak cakap... bigD siap kagum tengok pokok ni daun dia besar sangat..
direquestnya nak amik buat selimut.
boleh?

hahahahhahaa.....
nak nature sangat pun kaaaaaann.....
kok berselimutkan daun??
aduh laaa!



Blurbings By,




BannerFans.com

Sejuk... ggggrrrrr......

sepanjang kat Taiping, asal ada masa je, budak2 bertuah tu confirm berendam. selagi tak kecut putih kaki tangan segala.. jangan mimpi la nak naik..
selagi tak kena ugut dengan mama derang, selagi tu nak duduk diam dalam pool tu...


sampai nak try pool adults gak la..
naik lenguh la lengan papanya mengangkut budak berdua tu.. dalam adults pool.

padahal adalah selamat untuk lepas kan derang... but, sebab kulit dah tahap kecut dewa tertinggi, we all adalah dok menakut2 derang..
hahahaa
keji kan? jadi cepat sikit derang naik.

yang sebenarnya, kami nak menerjunkan diri ke air terjun belakang rumah sedara ayu tu hah...
lets nature bebeh!!!!

jeng jeng jeeenngg!!!!
itu anak to my sedara tu, selaku tour guide kami.
ahahaha...
belakang rumah pun mau pakai tour guide kah?
:P

ayu dah set nak jadi tukang pegang barang sebab semangat nak tangkap gambar.. so, gambar pertama nampak jauh je kan????
(mari kita tengok sejauh mana iman saya kental dengan air yang sejuk lagi best itu ye)



berapa snap dah tu??
tiga empat dah kan?

jauh kan?
masih tebal iman ku...

but segalanya musnah bilaaaaaaa....


ibuku joooiinnn!!!!!
DAAAAAMMNN!!!!!!!!

(eh eh gambar sudah dekat kan?????)

budak ni sampai menggigil....
ha baru tau nature lagi best dari pool tu kaaaannnnn?????

makin dekat gambar ni kaaannn???
kaaaaaaannn?????


dan ini merupakan gambar terakhir.
sebab, lepas tu... simpan handphone kat dalam bag and berendaaaamm!!!!!!!!!!!!!!!!

terbaik! terbaik!!!!
kalau lepak2 siap barbeque lagi lah terbaik....

dedulu masa kengkawan ku semuanya masih single mingle (ni refers to most of my babes ye) .. kami selalu tau picnic barbeque ni.. kat ulu yam mana laaa... sg kanching pun ada... masa mas baru ada anak sorang pun, we all ada barbeque kat PD..tepi laut..
but sejak sorang2 dah bertukar status ni.. kelaut barbequenya..
hohohoho...

p/s: jom la kengkawan... kita barbeque kat tepi2 laut / air terjun laaggii..


Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, February 24, 2010

Hatinya yang sangat mulia...

ayu, mom & BIL keluar ke Kamunting town mencari breakfast (while sis & bothDs terjun pool - again!).
ayu dropkan mom & BIL near to kawasan pasar pagi tu, while ayu mencari parking...

and suddenly ayu ternampak hamba Allah ni tengah berbual dengan mesranya with all the stray cats kat situ.. and the cats macam seolah olah mengresponse to that lady...
(di mana bunyi kucing..confirm ayu akan jengah, kan?)


tengok!
banyak kan...

rupanya, kata orang2 yang meniaga kat situ... this lady will come every day in the morning just to feed all the cats...
baik kan dia???

ada sesetengah kita siap tendang2 je stray cats..
:(

dia bagi cats food tau. bukan nya ikan rebus ke apa..

Allah je lah yang balas jasa dia.. kucing2 tu mesti doakan yang terbaik untuk dia..
such a noble heart...



Blurbings By,




BannerFans.com

Kalau anda ke Kamunting...

nak tanya.. siapa diantara korang yang boleh membaca dalam kereta?
ayu tak boleh ok.. baru dua line.. dah pening lalat ok.huhu..
but, mereka bertiga, boleh...



selamba je muka tiga2 beranak ni kan?
bigD siap tengok berry sebab nak tiru gambar nak lukis dalam buku tu..
hadoih..
jealous pun ye.. sebab dalam LRT pun ayu tak boleh membaca. :(

but, nak cerita pasal lain sebenarnya.. kalau korang ke Taiping and lalu exit kamunting.. ayu nak suggest korang makan kat kedai ni..


nama kedai:
ikan besar sri air putih

lokasi:
tepi jalan selepas tol exit Kamunting menghala ke pekan Kamunting.

sebab kena singgah:
makanan sedap.


mana la tau kan kalau2 korang ke Taiping and tak tau nak makan apa. try la sini. ayu & family tapau buat dinner kat hotel.. the ikan tiga rasa adalah sedap.

ayu ratah dan ratah dan ratah.. sedap!




Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, February 23, 2010

Bagan Serai...

Tau tak kat mana Bagan Serai ni?
Bagan Serai dekat Perak.. Perak tau tak kat mana??
tak tau???? sila google sendiri sambil declare diri bukan rakyat Malaysia, ok? (untuk yang rakyat Malaysia lah.. siapa feeling rakyat England.. ok, di maafkan)

kalau ayu & family ke utara, seboleh boleh mesti ada slot singgah ke daerah kelahiran mom ni. yes, my mom was born here in Bagan Serai.
but raised, somewhere else..
arwah atok adalah seorang polis yang bertugas merata2 tempat.. jadinya, memang tiada penempatan tetap gitu.



and setiap kali tu jugak lah ayu akan lalu di sini.

according to mom, her uncle, (atok's brother) merupakan salah seorang tenaga pengajar kat sini dulu. and jugak sempat menjadi pengetua sekolah agama di masjid ni.

sayangnya.. tak de sorang pun antara kami yang mengikut jejak langkah my atok sedara tu.. kecuali my Aunt1.
kami2 generasi muda ni?
huhuhuhu...
:(



tu la dia rumah pusaka yang ada untuk kami menjengah sekali sekala.
walaupun rumah ni, bukanlah rumah yang kami sekeluarga berteduh or rumah arwah nenek menghembuskan nafas terakhirnya...
but, rumah ni lah yang dibina dek abang kesayangan arwah nenek sempena tahun perkahwinannya...

ayu siap cakap dengan my relative yang duduk kat rumah tu.. kalau apa2 jadi kat rumah ni.. ayu nak tahun rumah tu dibina yang ada kat atas rumah tu hah...
hasil orang dulu2... kenangan untuk anak cucu arwah nenek..
(i miss her so much)

selesai menziarahi orang kat Bagan Serai, kami gerak pulak ke Tebing Tinggi..
one thing kalau balik kampung ni kan... kan rumah semua pun ada kawasan.. and for sure ada tanaman pokok2 bunga yang macam2 color kan?

and trust lilD nak merembat semuanya bawak balik la kan?
(asal dia suka je, dia nak bawak balik.. haih)


look at her face.. tu tengah pujuk papa dia nak suruh mintak kat tuan rumah nak bawak balik sepokok dua..

banyak la cantik kaaaannn...


itu, biar la papanya yang settle.. while kami semua masuk and jumpa ziarah tuan rumah..
ahhahaa...

bigD dia no hal.. dia dok busy dengan PSP dia je.. angkut la dia kemana pun.. sampai mana2 dia salam semua dulu.. lepas tu, dia cari port.. layan game.
kalau tidaaaaaaakk... habis la pelusuk rumah semua derang buat ujikaji..
ahhahaaa...

tak lama lepas tu, ayu ajak my bothDs keliling rumah tu.. syok la.. main kejar2 cari cat semua.. but akhirnya tumpas dengan cuaca yang maha panas.. kami masuk la semula ke dalam rumah...


sis & BIL heboh lama tak de gambar berdua... melayan la amik gambar..
tapi, ada adegan sentap dek anak2 mereka ye..
merajuk hati konon mama & papa tak sayang derang...
huhuhu...

aloh aloh... sian derang...
:P

and yes, lilD berjaya jugak amik bunga tu even sikit.
puas jugak la hati dia kan... siap letak kat rambut lagi..

owh! so lah princess minah kecik ni.



Blurbings By,




BannerFans.com

Monday, February 22, 2010

Menerjunkan diri mereka lagi...

actually, balik from visit sedara yang sakit tu, bothDs dah selamat menerjunkan diri dalam pool. my sis & BIL je yang temankan derang. me & mom usha2 from balcony jer..
kebetulan dapat bilik pun kat bawah.. memang boleh bukak ahli mesyuarat tingkap even tak turun sekali.
hahaa...

macam mana yang kami dari dulu diajar mom.. budak2 ni pun sis biasa ajar suruh basahkan badan dulu before terjun mana2 pool pun...
and also sun block..

but, kenapa ek?
ayu pun tak pernah terfikir kenapa.. sebab buat, sebab mom suruh je.
hahaha..



punyalah derang seronok...
memang tak nak naik ok.. kalau boleh, tidur pun nak kat dalam pool agaknya..

orang tak de pool kat rumah, gini lah kot. kalau ada, sure tak heran and akhirnya pool pun berkulat, gitu kan?

while anak2 bersuka ria...
mak pak dating..


dating santai gitu..

ayu datang kacau sekejap je.. hantar barang. but tak ingat pulak barang apa..
i was busy doing something with mom. ada la hal kekeluargaan sikit. sebab tu la, most of the time, sis & BIL je yang menjenguk jengah budak2 ni..
even selamat, mana boleh main biar je.. tetap bahaya..


riang ria je tengok budak2 ni kan...
tu lah... life..

kadang2 rasa macam nak je turn back time..
ada banyak benda yang diperbetulkan... banyak sangat...
but, life, kena moved on...
semoga hari mendatang lebih diberkati and mematangkan kita semua.. amin.




Blurbings By,




BannerFans.com