Tuesday, August 12, 2008

ke rumah kakakku... DeqNoor


ha.. korang ingat tak kumpulan rap wanita pertama Malaysia ni? Kumpulan Feminin... he3.. motif letak info pasal derang kan?
bukan nak cerita pasal derang, tapi nak cerita pasal salah sorang dari bekas ahli Feminin ni, DeqNoor (DN). Dalam gamba kat atas ni, dia yang paling kiri kat bawah.
anyways, DN ni dah jadi family angkat my family since tahun 1995 lagi. still masa zaman Feminin meletops lagi dulu. asalnya, niat di hati nak berkenalan dengan As.. yelah, dulu2 mesti la nak kenal ngan main singer kan.. tapi, rezeki Allah kasi berkenalan dengan DN.
and from there onwards, she has been like a real sister to me & sis.
she will always be there for us ups and down and vise versa.
and now, alhamdulillah, she's happily married with 3 childrens. 2 boys and 1 cute lil girl.
last weekend, saje pegi lepak rumah dia.. plan nak datang awal.. ingat nak layan pool ngan budak2 kat area rumah dia.. tapi, atas sebab2 yang tak dapat nak di elakkan... sampai la kami lepas maghrib...
ampun kak.. lepas ni, kita plan lain k? :)


sebenarnya, sebab utama datang rumah dia nak amik baju mom & sis yang dia jahit manik. yes, masa dia artis dulu, dia ni menyamar keje kat butik sebab minat dia yang mendalam sangat dengan jahitan manik.

lagipun, waktu tu dia nak jahit manik untuk baju nikah dia sendiri. memang cantik la baju nikah dia.. isk.. gamba malas nak scan laks.. next time, maybe..



memang tak kering gusi lah kalau lepak ramai2 macam ni. sejak mak DN passed away, kami jadi lebih akrab. yelah, dekat mom lah dia menumpang kasih and anak2 dia menumpang opah.
kalau lepak ngan DN sefamily, sis & BIL tak yah susah2 nak monitor budak2.. sebab, derang dah biasa with each other and memang dah ngam kamcing sangat.
malangnya, malam tu, lilD dah bantai tertido so, sepanjang malam, Sofia (DN's youngest daughter) dok tenung je muka lilD. last2, dia bawak kuar sume mainan dia and main depan lilD yang dah terbongkang tu..



DN masak meehoon sampai dua jenis. Meehoon biasa & meehoon tomYam. kita suka yang TomYam tapi, hubby DN tak suka lak. dia kata, dia tak leh compute kalau TomYam buat benda lain.
dia tau, TomYam kena gak yang buat lauk tu or yang hirup gitu jer tuh..
chet! tak improvise langsung, kan? he3...
larrriiikkk........


mana pegi hilangnya bigD kan? dia dh pun tenggelam di antara abang2 berdua nya tu.. mula2 sampai, layan games kat PC...
pastu, layan toys kat toys room and last sekali, layan games kat hp.
haih.. boys.. will always be boys, kan?
makan pun dah tak pedulik dah...


kat bawah ni, ada kita letak baju2 yang sis & mom suruh DN jahitkan manik. baju lama, kami improvise kan.. baju kurung kan ker evergreen kan?
so, kalau dah tambah beads ni, terus dia nampak macam baju yang baru.



DN charge RM80 untuk leher & tangan and RM40 kalau nak salah satu sahaja.
yang leher tu, memang berat macam yang baju hijau tu and panjang dia lebih kurang sama panjang kalau kita pakai rantai labuh tu.
pssstt psssttt.. kalau2 ada yang berkenan, boleh la email kita...
DN boleh siapkan sepasang baju 4 hari jer..
so, email2 la eh?


AyU's CoPyRiGhT ©

8 comments:

ms.azalea said...

deq nor mulut bising....jln pun boleh sesat

Amiha Ayu said...

hahaha..
memang mulut dia bising!
muahahahha!

ita.itu said...

deq nor pndi jahit manik ek..kelas dia ek..wah kwn ngan artis gitu

sugarshay said...

deqnoor ni makin cantik kan?beza sangattt laa zaman laghoo sekejap dulu...hiks!!1

p/s : sempat gak nampak dia mase kenduri,angah nak balik dia baru mai....

aRa RaMaDhAn said...

wah kak...i minat dulu feminin... sungguh...Minat As gak...dulu cikeding je dia kan...bila tgk sehati berdansa terkezut jatuh dr sofa tau...agagagaga...DN ni pun i minat gak dulu...lepas As...agagagaga...kim smlm kat dia yek...menjahit dah now...kelassss...

Amiha Ayu said...

ita - bekas artis ta.. sejak aku kenal dia yg betul, aku mmg x penah anggap dia artis langsung..

angah - haah.. natural pulak tu.. x de pun gigih makeup sumer kan...

ara - ara, salam akak dah sampai kan yang.. DN kem salam balik... haah dia skrng menjahit.. sebar2 kan lah yer...

Redbloodsnow said...

wahhh feminin famos time zie kecik² lg aaa..
time feminin wujud time tuh zie still darjah 5 okeh...sgt lame ek dh berlalu..hehe

cayalah kwn ngan artis..t kimslm kt akak deq nor yek :)
terer die wat jaitan manik ek...
klo dekat mmg dh pi suh die jaitkan baju raye zie..haha

Amiha Ayu said...

zie - kita layan pos la yang.. mo mai tai... kalau zie or ada sesapa betul nak jahit manik ni.. zie just email je kat akak eh?